Sejarah Penghasilan Labu Sayong Menurut En. Ridzuan, labu sayong berasal daripada Kampung Kepala Bendang yang merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di Sayong. Pada zaman dahulu, kaum wanita yang berasal daripada Kampung Kepala Bendang yang akan menghasilkan labu sayong. Tujuan ianya dihasilkan adalah untuk dijadikan sebagai bekas bagi menyimpan air. Namun pada masa kini penggunaan labu sayong semakin meluas. Labu sayong kini bukan sahaja digunakan untuk menyimpan air tetapi ia juga digunakan sebagai perhiasan rumah, cenderahati, dan lampu tidur. Pada dahulunya, jenis tanah liat untuk membuat labu sayong ini hanya boleh di dapati di pinggir sungai di Kampung Kepala Bendang sahaja. Tetapi pada masa kini, tanah untuk membuat labu sayong boleh dibeli dari pengedar yang menjualnya. Menurut En. Ridzuan lagi, terdapat 4 jenis labu sayong iaitu:
|