Selamat datang ke laman Warisan Labu Sayong. Laman ini menyediakan pelbagai informasi mengenai pembuatan labu sayong. Labu sayong merupakan salah satu tarikan kraftangan yang terdapat di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak. Dahulunya labu sayong dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan air dan kini labu sayong bukan sahaja dijadikan sebagai hiasan di rumah malah ianya juga dijadikan sebagai cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Laman ini akan menyediakan pelbagai maklumat mengenai labu sayong termasuklah lokasi penghasilannya di Kampung Sayong Tengah. Kraftangan adalah seni warisan budaya kita. Tanpa warisan hilanglah budaya. Marilah kita bersama-sama meneroka pembuatan labu sayong di Kuala Kangsar, Perak.
Profil Penulis Nama: Hamizah Binti Yahya Asal: Kuala Kangsar, Perak Status: Pelajar Jurusan Pendidikan Teknologi Maklumat (IT), UUM